Wednesday, December 19, 2007

5 Sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Hiasan Di Halaman Rumah

Lima sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Hiasan Di Halaman Rumah
  1. Halaman rumah kita akan membantu mengindahkan kejiranan kita. Bukan sekadar mengindahkan rumah kita, tetapi jika kawasan kita besar dan jiran kita bekerjasama, seluruh kawasan kejiranan kita akan menerima manafaat keindahan halaman rumput rumah kita.
  2. Tempat rehat dan bersantai untuk keluarga dan tetamu. Bayangkan: kita duduk di buaian, membaca akhbar sambil di temani isteri (atau suami) dan anak-anak bermain di atas rumput di hadapan rumah.
  3. Halaman rumah yang cantik dan terurus akan memberi gambaran yang baik tentang tuan rumah. Urus rumput dengan rapi, dan kita akan nampak kereta di pandu perlahan depan rumah kita. Tanam pokok banyak-banyak keliling rumah, dan kita tidur malam tak lena takut ada bajingan belakang pokok. Bayangkan memberi panduan kepada keluarga atau kawan yang datang dari jauh dengan menggunakan halaman rumput kita sebagai mercu tanda?
  4. Tempat yang selesa untuk menghibur atau bekerja. Kawasan rumput hiasan di halaman rumah boleh menjadi tempat untuk barbeku, kenduri, perjumpaan, mesyuarat (mengapa tidak?) atau kita mungkin menjadikan penjagaan rumput hiasan sebagai suatu hobi.
  5. Lebih senang rumput dari pokok. Dengar lah nasihat dari orang yang kerjanya menjaga rumput dan lanskap; lebih senang mendapat kawasan yang nampak terurus bila ia terdiri dari satu jenis rumput daripada berjenis-jenis pokok dalam pasu atau atas tanah yang tumbuh tidak sekata dan berbunga mengikut musim.

No comments: